Edinburgh adalah kota lama yang terletak di bahagian selatan Scotland. Resam kota lama yang memiliki banyak bangunan sejarah, sudah semestinya hotel di sini mengenakan caj yang tinggi ditambah pula kawasan parkir yang terhad. Kebanyakan hotel di Edinburgh tidak mempunyai kawasan letak kereta sendiri dan memaksa pengunjung meletakkan kereta di kawasan parkir berbayar. Perlu diingatkan caj parkir di sini mengikut jam jadi bersiap sedialah untuk membayar kos yang tinggi.
Carian di internet untuk mencari hotel yang menyediakan kawasan parkir sendiri menemukan saya dengan Murrayfield Hotel and Houses. Okaylah harga agak murah dan ada kawasan parkir. Kami terus menempah hotel ini memandangkan ia menepati kehendak percutian budget kami.
Walaubagaimanapun, mimpi buruk muncul apabila tiba masanya kami mendaftar masuk ke hotel ini. Terus-terang ini merupakan di antara hotel paling teruk saya pernah inap. Tujuh perkara saya tidak berkenan dengan hotel ini:
Pagi keesokkannya kami mendaftar keluar secepat mungkin kerana sejuk ya amat. Tidur pun tak lena. Jika diberi peluang sekali lagi, saya tidak akan bermalam lagi di hotel ini walaupun diberi percuma. Cukuplah sekali.

- Parkir yang sangat terhad. Hanya mampu memuatkan tiga buah kereta sahaja. Ketika tiba sudah terdapat tiga buah kereta yang diparkir dan saya terpaksa parkir secara bertindan dan meletakkan nota di papan pemuka kereta sekiranya salah sebuah kereta berkenaan mahu keluar.
- Tiada penyambut tetamu dan saya terpaksa membuat panggilan telefon kepada pemilik hotel sebelum dapat mendaftar masuk.
- Bangunan rumah yang telah diubahsuai menjadi hotel. Sangat ketinggalan zaman dan bilik kami terletak di aras bawah tanah.
- Katil tidak selesa dan lampu meja sisi tidak berfungsi.
- Bilik sangat sejuk kerana kurangnya penebat dan angin boleh masuk melalui tingkap. Pemanas juga tidak berfungsi di dalam bilik. Sejuk sampai ke tulang!
- Mandian air panas tidak berfungsi dengan baik.
- Dan yang paling tidak boleh diterima, suasana hotel menakutkan seperti berhantu!