(Review) Hotel Celtic Guest Houses, The Old Rectory, Newport, Wales

Tempat penginapan pertama saya dan isteri ketika berkunjung ke bumi UK adalah hotel kecil yang terletak di berhampiran Newport Wales dengan akses hanya tiga minit dari M4. Hotel ini adalah hotel yang diuruskan oleh satu keluarga warga Wales yang berada agak jauh daripada pekan Newport. Menurut info daripada laman Tripadvisor.com menyatakan bahawa hotel ini merupakan rumah inap butik lima bintang yang mewah. Tak pastilah tentang mewah sebab pada pada pandangan saya hotel ini tidak memenuhi kriteria untuk dinobatkan sebagai lima bintang.



Bilik hotel ini agak luas dan mempunyai tandas en suite. Parkir disediakan namun harus diingat tiada kedai-kedai dan restoran berdekatan dengan lokai hotel ini. Sarapan disediakan dan berdasarkan review mereka menyediakan sarapan yang sedap namun kami tidak mengambil pakej bersekali dengan sarapan.

Oleh kerana semasa kami tiba sudah maghrib, aktiviti meneroka sekitar kawasan hotel dilakukan keesokkan harinya. Alangkah terkejutnya kami bahawa hotel ini bersebelahan dengan gereja Saint Martin Llanmartin dan terdapat banyak kubur-kubur lama di sebelah hotel yang kami tinggal. Nasib baiklah kami di sini hanya semalam sahaja dan tiada hantu-hantu orang putih menganggu tidur malam kami.

Tiga perkara saya suka berkenaan hotel ini:

  1. Bilik yang besar dan bersih.
  2. Tilam yang empuk dan selesa.
  3. Parkir yang luas.

Tiga perkara saya tidak berkenan berkenaan hotel ini:

  1. Hotel berhampiran kubur Kristian.
  2. Proses daftar masuk yang agak renyah.
  3. Kedai serbaneka dan restoran jauh daripada hotel.