Astro Ultra 4K


Setelah sekian lama dianak-tirikan dengan siaran HD sedangkan majoriti penduduk dunia sudah berpindah ke dunia 4K, akhirnya Astro berani berubah dengan memperkenalkan Astro Ultra ke dalam pasaran Malaysia. Langkah yang pada pandangan saya lewat tetapi lebih baik daripada langsung tiada.





Namun demikian jangan terlalu seronok. Hanya terdapat satu (ya, satu!) siaran yang boleh ditonton dalam format 4K. Buat masa sekarang siaran 780 berkenaan hanya memfokuskan kepada tayangan sukan dan baru-baru ini diselitkan juga rancangan-rancangan lain selain daripada sukan untuk ditonton.





Kenapa perlu bertukar kepada dekoder baru ini sekiranya hanya terdapat satu siaran sahaja yang menyokong fungsi paparan 4K? Mungkin timbul persoalan ini bagi anda yang dalam proses berkira-kira untuk mengubah angin.





Di sini saya terangkan secara ringkas apakah sebenarnya Astro Ultra dan relevankah kita untuk beralih ke alam 4K. Secara asasnya 4K ini merujuk kepada resolusi paparan skrin. Semakin tinggi resolusi, maka semakin tajam dan cemerlanglah gambar atau video yang dipaparkan pada skrin. Sebagai perbandingan siaran Astro ketika ini hanya menyiarkan paparan dalam resolusi HD dengan 1920 x 1080 piksel sahaja. 4K pula memberikan resolusi sebesar 3,840 x 2,160 piksel. Dengan kata lain melalui kiraan matematik mudah, paparan pada TV dengan resolusi 4K pada saiz TV yang sama adalah 4 kali lebih jelas dan cantik berbanding HD sahaja.





Wow 4 kali ganda lagi cantik? Rugilah tidak bertukar kepada Astro Ultra ini kan? Tetapi anda perlu ingat. Seperti yang saya telah ulas di atas, buat masa sekarang hanya terdapat satu siaran yang menyokong fungsi 4K ini. Senang cerita perjalanan pihak Astro masih jauh untuk memberikan setidak-tidaknya siaran sukan dan filem (HBO) dalam format 4K untuk menjustifikasikan rakyat Malaysia terhadap perubahan ini.





Selain daripada itu jika anda nekad untuk beralih, pastikan TV anda betul-betul menyokong fungsi 4K dan HDCP2.2 kerana kebanyakkan TV 4K yang dipasarkan sebelum 2015 hanya menyokong HDCP2.0 sahaja. Sekiranya TV 4K anda hanya menyokong HDCP2.0 maka Astro Ultra tidak dapat memaparkan siaran dalam 4K dan langkah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menjual TV lama dan dapatkan model TV 4K baru di pasaran.





Adakah perubahan ini berbaloi? Ketia